Sunday, 16 November 2008

Paris Day 2

Hari kedua di mulakan dgn melawat Louvre Museum.nak tgk semua benda dlm tu mmg x kan abis satu hr punye.so tgk yg penting2 je lah. semestinya cari Monalisa dulu kan..hehehe..

1

Louvre Museum

2

Dalam pyramid kat Louvre Museum

3

Inilah yang dicari-cari.Ini poun amik gambar dari jauh jek.Penuh org dok queu nak amik gambar Cik Monalisa.

4

Antara koleksi dlm Louvre Museum

5

Napoleon Apartment

6

Lagi gambar dlm Napoleon Apartment

Lps tu meneruskan perjalanan nak ke Arch de Triomphe tu.Lalu Tuilerries Garden.Ingatkan dekat.tapinye jauh giler.Rasa cam nak tercabut kaki.hehehe..tpnye terpaksa le teruskan jugak.Sambil tgk2 apa yg patut kan..
Ni antara yg terdapat dlm perjalanan yg jauh itu..

7

Arc de Triomphe du Carrousel

The Obelisk

The Obelisk2

The Obelisk

LV

Butik LV kat Champs de Elysees.Amik gambar dr seberang jalan aje...

Akhirnye sampai jugaaaakkk kat sini...hehehe..

8



9

Arch de Triomphe


Lps bergambar apa yg patut terus cari Metro Station nak pegi carik KFC Halal.perut dah lapoooo...

Le halles


Dekat Le Halles mencari KFC halal.jumpa tp x konfiden halal sbb tanya pakcik arab yg meniaga kt tepi tu dia kata takde KFC halal kat situ.
So kami pulang dgn hampa.tapi dkt situ ada 2 kedai halal.pakcik arab tu tunjuk.dan kitorang pon pegi salah satu kedai tu beli crepe dan kebab kot.tp dia wrap dlm tortilla bread tu. at last dpt jugak makan crepe kat Paris.heheh sbbnya bile jln2 nampak stall jual crepe tgk org dok beratur ramai2 beli terliur giler.nak beli takut tak halal kan.heheh so aku beli yg chicken filling.3 hr makan baru habis.hahahaha....ok la not bad.sedap makan panas2.
oklah ini saje lah utk hari kedua.samb nxt entry ok...utk hari seterusnya..tadaa...

Tuesday, 4 November 2008

Bonjour Paris!

Kejadian ni dah lama sbenarnya.Sebelum puasa lagi..tapi asyik delay aje. ni baru ada masa nk upload gambar dan bercerita..

Day 1

1
Sebelum bertolak. Kami bertolak dari rumah pukul 3 pagi.Cuaca agak sejuk.Sejuk banget!bukan agak.hehehe..baba muke excited jek.Danish malu2..mama cam biasa.control!! hehehehe..

2
ni dah sampai Charlles-de-Gaulle Airport,Paris.Tengah tunggu nak naik train utk ke stesen metro.Train ni free jek.
Masa mula2 landing tu terus nampak sayap Malaysia Airline.uhukk rasa cam nak je pegi curi naik kapal terbang tu balik M'sia.heheh..ok tak seludup diri sendiri :P

3
Lepas check-in hotel,makan,solat n tido kejap.Ini lah destinasi pertama kami.Moulin Rouge.Tak de apa sgt kat sini.Tak masuk pon.Moulin Rouge ni katanya tpt cabaret.Kire famous jugak la.saje je pegi nak amik gamba jek.Lps tu jln2 kat area ni.kononnya nak cari Scare Coeur,tapi x jumpe2.Asyik lalu atas kubur jek.Seram jugak.Masa tu dah nak malam.Kubur lama siap ada replika org atas kubur tu.Besar plak tu.pas tu dah lama kan dah jadi kaler hijau.ataupon dia mmg hijau?ntah lah.tapi mlm2 tu takut gak la. Pastu jumpa Hotel Ibis sbelah je kubur tu.Sblm tu Baba Danish dok survey2 jugak hotel Ibis ni.Dan Ibis Monmarte ni antara yg agak2 berkenan.Seb baik tak jadi.Kalo tak dok sbelah kubur.hahah haru jugak balik malam2.hehehehe..

4
Moulin Rouge - the famous cabaret.

5
Moulin Rouge(The Red Windmill) at Night.

Lepas tu tanpa membuang masa,kami pon pegi ke Eiffel Tower.Nak tgk cemana rupanya waktu malam.Kalo sempat pegi siang,nanti pegi lagi. So,ini lah rupa Eiffel Tower waktu malam.Hasil dari kamera kami yg tak berapa nak canggih ni.Seb baik ada tripod.kalo tak abis la sume gambar shaking jek.

6
Baba tgh khusyuk amik video Eiffel Tower dikala remang2 senja.

7
Lampu kat Tower tu akan berkelip-kelip setiap berapa minit tah.Lama gak kelip2 lampunya.Cantik sgt time tu.

9
Lagi gambar bercanda di bawah tower.Kitorang tak naik atas pon.Tapi masa pukul 11mlm tu ramai lg yg tgh beratur nak naik atas.

8
Ini last pic taken sblm balik.Masa tu dah pukul 11.30malam.Cuaca pon makin sejuk.Danish pon dah merengek2.Lapa dan ngantuk.

Itu saje laporan hari pertama.Hari kedua menyusul nanti.tadaaa...

Saturday, 25 October 2008

Tukar Jam

Skang ni dah masuk autumn/fall.Cuaca dah makin sejuk.Asyik mendung kelabu jek.Gloomy jek.Ujan pon makin kerap.
Esok dah start tukar jam.Lewatkan 1 jam.So start besok beza waktu dgn Malaysia ialah 8 jam.

British Summer Time Rules
For 2006-2010 inclusive, the summer-time periods begin and end respectively on the following dates at 01:00 GMT (1.00am Greenwich Mean Time):

In 2006: the Sundays of 26 March and 29 October
In 2007: the Sundays of 25 March and 28 October
In 2008: the Sundays of 30 March and 26 October
In 2009: the Sundays of 29 March and 25 October
In 2010: the Sundays of 28 March and 31 October
In 2011: the Sundays of 27 March and 30 October

For more info click the link below:
http://wwp.britishsummertime.co.uk/

Gambar Open House - Lump Sum

Ini plak gambar siri open house.Banyak open house yg kitorang pegi tapi gamba je tak banyak.Raya start selasa, open house berterusan setiap hari tak putus sampai hari ahad.so dapur kat rumah jarang berasap le.hehehe.tahun ni kami org Tinsley sume buat open house inter-Tinsley,kemudian open house utk Sheffield pada hari Sabtu 11.10.2008 serentak 12rumah.hehehe meriah kan. So ni je lah gambar ygsempat dirakam kan.tak banyak sbb sibuk layan tetamu dan makan.

Raya pertama tu lps serang 5 buah rumah, kami balik rumah.Open rumah kami limited edition (inter-tinsley) dan lps tu pegi beraya rumah kwn2 kat Tinsley plak. Ala-ala mcm ni la..ko raya rumah aku..aku rasa rumah ko.hahha..best kan. okey layan gambar yea..zasss....

Mula2 gambar open house kitorang dulu.
open house kite
Antara tetamu terawal kami..

open house
open house1
Antara tetamu terakhir kami...

Ini plak sesi beraya di rumah orang pule..pada hari raya pertama.

rumah k nita
Rumah kak nita n abg sepul

DSC08140
Rumah terakhir yg kitorang serang pd hari raya pertama.Rumah Ruhil n Bukhari.Time ni dah pukul 12mlm..

Gambar bawah ni dah masuk hari lain dah.

datukdatin
Ini pula kat rumah abg Hadi dan kak Siti.heheh.di kediaman eksklusif mereka di Siemens Close.

azizi
ini plak kat rumah azizi and kak yati.bukan azizi i okey..azizi city center.. :D

raya crooks
Ini plak sesi beraya kat Crooks.Rumah kak Shireen n abg mizee.Kat dlm rumah tak sempat amik gambo...

DSC08236
Kat rumah kak Azlina dan Abg Razif,Woodhouse.

itu je lah kot gamba2 yg sempat diambil.Lepas ni blh layan cerita lain plak yea.hehehe..Syawal hampir habis..tapi esok ada lg open house.hehehe...
Ok lah tata for now.

Thursday, 23 October 2008

Gambar Raya Aidilfitri 2008

Salam lebaran buat semua.Syawal belum habis lagi kan.Ni baru ada masa sket nak upload gambar raya. tak banyak sangat gambar actually.sbb bz beraya kan.x sempat nak snap2.hehehe..ni jelah buat permulaan. coming soon gambar beraya open house sekitar Sheffield.

on d way
On the way ke Pakistan Muslim Centre(PMC)dalam hujan gerimis..

rayapmc
Suasana sambutan Hari Raya di PMC,Sheffield.

DSC08124
Gambar raya kami utk tahun ini..tak sempat nak bergambar banyak.ni je lah gambar bertiga yg ada kot.sbb sibuk makan dan beraya sakan. :D

DSC08127
Bersama keluarga Lan/Zahrah dan Safuan/Suhaila.Tahniah to Safuan dan Suhaila atas kelahiran cahayamata kedua,Muhammad Uwais.

DSC08120
Geng2 'Self-sponsored' abg Taib kata.kecuali Baba Danish.bakal menjadi golongan 'self-sponsored' juga tak lama lagi.ngehehehe... ;)

DSC08121
Bersama rakan-rakan Sheffield yang lain.

Friday, 3 October 2008

Cerita Tentang Raya...

Salam Syawal buat semua.Rasanya belum terlambat utk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua.Maaf Zahir dan Batin.

Sebelum terlambat baiklah aku update cerita tentang raya aku kat sini.
Sebagaimana tahun lepas, raya tahun ni terkejut lagi aku. Macam tahun lepas juge,tahun ni kami kat Sheffield ni puasa 29 hari sahaja. Ingat kan raya hari Rabu,rupenya raya hari selasa.Maka kelam kabutla aku pada malam raya tu. Tgh hari tu aku dah sibukkan diri dengan menggoreng kacang utk dibuat kuah kacang utk majlis raya PMPMS kat PMC.Bukan sikit 4kilo!!Sebabnya aku x reti nak buat kuang kacang, so nye kak asmah bg cadangan dia buatkan kuah kacang utk aku, tp aku kena goreng dan blend kacang tu. Ptg tu kononnya nak pegi blend rumah kak nita tapinye hero aku tido plak.dah dkt nak bbuka takut x sempat plak.masak pon blom lg.

Beberapa minit sblm bebuka,MAsoni call ckp esok raya.menjerit aku kat telefon. dah la ayam tak de lam lemari air aku.nak masak apa.Bila esok raya maknanya secara automatik malam tu akan ada takbir dari rumah kerumah.itu dah menjadi kewajipan sejak 3tahun aku kat bumi sheffield ni.utk area Tinsley ni jelah. Dah la kali ni rumah aku yg pertama. Kol 8 mlm chenta blom blk lg.seb baik kedai speedy tutup lewat time raya.aku pon mintak tolong ruhil belikan ayam tuk aku 15ketul chicken leg.x reti nak bajet banyak mana aku blasah aje lah. chenta aku balik kol 8 lebih dah.dekat 8.30mlm dah.kami pon makan. Elok2 je lps makan,aku dok basuh pinggan, tiba2 Assalamualaikum... En Saiful dah datang utk takbir. woww..terkeranjat aku.lps tu seorang demi seorang datang.aku x prepare ape pon utk makan.haiyooo..terkejut punye pasal.mana ready raya esok.!! waaa
seb baik aku tgh testing wat kuah kacang dgn sebungkus nasi himpit.itu lah hidangan utk geng2 takbir pa3 pagida mlm itu dgn biskut mazola aku dan air teh. sempoi giler..
lepas depa bersurai aku cecepat heret danish pegi umah k nita blender kacang.seb baik cepat je pakai food processor tuh.. kol 10 lbh dah aku anta rumah k asmah.
balik tu baru nak bersilat kat dapor sensorang.nak siang ayam, masak mi kari dan buat pulut lemang.1st time aku wat pulut utk raya.hahhaha..maklumla stok sambal daging banyak.hehehe...
mlm tu aku tido kol 3 pagi.geng2 takbir abis kol 3 pagi.lama giler.maklum la ahli kariah tinsley makin lama makin bertambah. aku tido dgn rumah bersepah.huhuu...

besok nye raya.kitorang beramai2 ke pmc.dan thn ni aku tak sempat semayang raya.kesilapan teknikal.nak wat cemana.tp plg bestnye kat pmc makan rendang kambing yg lazat ammat.bersama2 juadah lain ler yg x kurang hebatnye. kuah lodeh, rendang ayam, nasi himpit dan ape yek..aku pon dah lupe.hehehe..syok mkn kambing.hahaha

lps ronda 5 buah rumah bersama perut yg kenyang dan ala2 dah masuk angin jugek.aku balik dan open rumah tertutup aku. juadah aku kali ni..mcm td lah.mi kari.pulut lemang+serunding...ermm itu je kot.hahaha..ape pon thn ni aku beraya sakan jugak tahun ni.lps tetatmu terakhir dtg rumah aku pon keluar pi beraya rumah2 depa plak.heheheh..rumah last skali rumah ruhil.masa tu tuan rumah pon dah ngntuk2,tetamu apatah lagi.balik rumah kol 12 mlm dan terus zzzzzz....

yg syoknye kat sini setiap rumah yg kitorang masuk, blh katakan akan jumpe org yg sama dan setiap kali itulah kami akan salam muahss muahss..ukhuwah terjalin mesra dari hati kehati. betul tak? aku rasa stakat ni lah dulu.pjg giler nak citer sume.nxt entry okey. cerita2 open house byk lagi.gambar2 akan di upload kemuadian. Raya kan sebulan...so mungkin lps ni akan byk lg entry ttg raya.. :D

Last but not least..SALAM EID MUBARAK FROM NO 8 FERRARS ROAD UTK SEMUA WALAU DIMANA SAJA BERADA.MAAF ZAHIR DAN BATIN

P/S: utk kerabat Liverpool, bile nak mari beraya disini... ;)

Tuesday, 16 September 2008

Anugerah..

Lama betul tak update blog sejak Ramadhan ni.Sibuk agaknye.ataupun penyakit 'M' berleluasa. :grin:
Entry kali ni ialah pasal anugerah ataupon dlm bahasa kelantan pekatnye ialah 'award'. sebut molek deh.hehehe
dapat award ni dpd Ruhil.makachih banyak2 yea Ruhil. dah lama jugak dpt award ni cuma x menyempat nak pegi ambik.ye la ptg2 bz wat kuih utk berbuka la kononnya.hehehe. so aku pilih award yg mcm kat bwh ni.Ini juge merupakan award yg pertama aku dapat sejak menceburkan diri dlm dunia blogging ni.(sorry ye kalo grammar salah :D) terima kasih terima kasih.



So aku nak panjangkan kepada mereka2 dibawah ini. Semoga anugerah ini dapat menceriakan kehidupan mereka pula...
mereka2 ini adalah:
.: Ojie
.: Kak Maziah
.: Fiza
.: Kay
.: Rahimin