Thursday, 23 October 2008

Gambar Raya Aidilfitri 2008

Salam lebaran buat semua.Syawal belum habis lagi kan.Ni baru ada masa sket nak upload gambar raya. tak banyak sangat gambar actually.sbb bz beraya kan.x sempat nak snap2.hehehe..ni jelah buat permulaan. coming soon gambar beraya open house sekitar Sheffield.

on d way
On the way ke Pakistan Muslim Centre(PMC)dalam hujan gerimis..

rayapmc
Suasana sambutan Hari Raya di PMC,Sheffield.

DSC08124
Gambar raya kami utk tahun ini..tak sempat nak bergambar banyak.ni je lah gambar bertiga yg ada kot.sbb sibuk makan dan beraya sakan. :D

DSC08127
Bersama keluarga Lan/Zahrah dan Safuan/Suhaila.Tahniah to Safuan dan Suhaila atas kelahiran cahayamata kedua,Muhammad Uwais.

DSC08120
Geng2 'Self-sponsored' abg Taib kata.kecuali Baba Danish.bakal menjadi golongan 'self-sponsored' juga tak lama lagi.ngehehehe... ;)

DSC08121
Bersama rakan-rakan Sheffield yang lain.

Friday, 3 October 2008

Cerita Tentang Raya...

Salam Syawal buat semua.Rasanya belum terlambat utk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua.Maaf Zahir dan Batin.

Sebelum terlambat baiklah aku update cerita tentang raya aku kat sini.
Sebagaimana tahun lepas, raya tahun ni terkejut lagi aku. Macam tahun lepas juge,tahun ni kami kat Sheffield ni puasa 29 hari sahaja. Ingat kan raya hari Rabu,rupenya raya hari selasa.Maka kelam kabutla aku pada malam raya tu. Tgh hari tu aku dah sibukkan diri dengan menggoreng kacang utk dibuat kuah kacang utk majlis raya PMPMS kat PMC.Bukan sikit 4kilo!!Sebabnya aku x reti nak buat kuang kacang, so nye kak asmah bg cadangan dia buatkan kuah kacang utk aku, tp aku kena goreng dan blend kacang tu. Ptg tu kononnya nak pegi blend rumah kak nita tapinye hero aku tido plak.dah dkt nak bbuka takut x sempat plak.masak pon blom lg.

Beberapa minit sblm bebuka,MAsoni call ckp esok raya.menjerit aku kat telefon. dah la ayam tak de lam lemari air aku.nak masak apa.Bila esok raya maknanya secara automatik malam tu akan ada takbir dari rumah kerumah.itu dah menjadi kewajipan sejak 3tahun aku kat bumi sheffield ni.utk area Tinsley ni jelah. Dah la kali ni rumah aku yg pertama. Kol 8 mlm chenta blom blk lg.seb baik kedai speedy tutup lewat time raya.aku pon mintak tolong ruhil belikan ayam tuk aku 15ketul chicken leg.x reti nak bajet banyak mana aku blasah aje lah. chenta aku balik kol 8 lebih dah.dekat 8.30mlm dah.kami pon makan. Elok2 je lps makan,aku dok basuh pinggan, tiba2 Assalamualaikum... En Saiful dah datang utk takbir. woww..terkeranjat aku.lps tu seorang demi seorang datang.aku x prepare ape pon utk makan.haiyooo..terkejut punye pasal.mana ready raya esok.!! waaa
seb baik aku tgh testing wat kuah kacang dgn sebungkus nasi himpit.itu lah hidangan utk geng2 takbir pa3 pagida mlm itu dgn biskut mazola aku dan air teh. sempoi giler..
lepas depa bersurai aku cecepat heret danish pegi umah k nita blender kacang.seb baik cepat je pakai food processor tuh.. kol 10 lbh dah aku anta rumah k asmah.
balik tu baru nak bersilat kat dapor sensorang.nak siang ayam, masak mi kari dan buat pulut lemang.1st time aku wat pulut utk raya.hahhaha..maklumla stok sambal daging banyak.hehehe...
mlm tu aku tido kol 3 pagi.geng2 takbir abis kol 3 pagi.lama giler.maklum la ahli kariah tinsley makin lama makin bertambah. aku tido dgn rumah bersepah.huhuu...

besok nye raya.kitorang beramai2 ke pmc.dan thn ni aku tak sempat semayang raya.kesilapan teknikal.nak wat cemana.tp plg bestnye kat pmc makan rendang kambing yg lazat ammat.bersama2 juadah lain ler yg x kurang hebatnye. kuah lodeh, rendang ayam, nasi himpit dan ape yek..aku pon dah lupe.hehehe..syok mkn kambing.hahaha

lps ronda 5 buah rumah bersama perut yg kenyang dan ala2 dah masuk angin jugek.aku balik dan open rumah tertutup aku. juadah aku kali ni..mcm td lah.mi kari.pulut lemang+serunding...ermm itu je kot.hahaha..ape pon thn ni aku beraya sakan jugak tahun ni.lps tetatmu terakhir dtg rumah aku pon keluar pi beraya rumah2 depa plak.heheheh..rumah last skali rumah ruhil.masa tu tuan rumah pon dah ngntuk2,tetamu apatah lagi.balik rumah kol 12 mlm dan terus zzzzzz....

yg syoknye kat sini setiap rumah yg kitorang masuk, blh katakan akan jumpe org yg sama dan setiap kali itulah kami akan salam muahss muahss..ukhuwah terjalin mesra dari hati kehati. betul tak? aku rasa stakat ni lah dulu.pjg giler nak citer sume.nxt entry okey. cerita2 open house byk lagi.gambar2 akan di upload kemuadian. Raya kan sebulan...so mungkin lps ni akan byk lg entry ttg raya.. :D

Last but not least..SALAM EID MUBARAK FROM NO 8 FERRARS ROAD UTK SEMUA WALAU DIMANA SAJA BERADA.MAAF ZAHIR DAN BATIN

P/S: utk kerabat Liverpool, bile nak mari beraya disini... ;)

Tuesday, 16 September 2008

Anugerah..

Lama betul tak update blog sejak Ramadhan ni.Sibuk agaknye.ataupun penyakit 'M' berleluasa. :grin:
Entry kali ni ialah pasal anugerah ataupon dlm bahasa kelantan pekatnye ialah 'award'. sebut molek deh.hehehe
dapat award ni dpd Ruhil.makachih banyak2 yea Ruhil. dah lama jugak dpt award ni cuma x menyempat nak pegi ambik.ye la ptg2 bz wat kuih utk berbuka la kononnya.hehehe. so aku pilih award yg mcm kat bwh ni.Ini juge merupakan award yg pertama aku dapat sejak menceburkan diri dlm dunia blogging ni.(sorry ye kalo grammar salah :D) terima kasih terima kasih.



So aku nak panjangkan kepada mereka2 dibawah ini. Semoga anugerah ini dapat menceriakan kehidupan mereka pula...
mereka2 ini adalah:
.: Ojie
.: Kak Maziah
.: Fiza
.: Kay
.: Rahimin

Wednesday, 3 September 2008

Dugaan Ramadhan

Hari ni baru hari ketiga ummat Islam sedunia berpuasa.Aku pon baru pose 3hari.semoga puasaku diterima oleh Allah S.W.T. Hari pertama aku berbuka ala kadar sahaja.Dalam hati aku berkata, x pe la.aku x kisah.xperlu masak special2.hmm masa tu mungkin tahap nafsu nafsi agak rendah.aku panaskan sambal udang lebih hari sblm tu,ayam masak merah smalam dan ikan bilis goreng.aku goreng sayur tp x abis pon. gitu aje menu hari pertama.
Hari kedua aku teruja dgn resipi Ruhil pada hari pertama.Dia ckp nak buat nasi kerabu.So hari kedua aku buat nasi kerabu.lagipon dah lama x buat nasik kerabu.cuma budu je takde.x pe aku tak kisah sbb dah lama aku x makan budu.x mo rindu budu lebih2 nti sedih.hahaha.nafsu makan semakin naik. lps tu hari ni hari ketiga.pagi2 masa g keje aku dan ruhil bercerita pasal bubur lambuk.aku tingat bubur nasik.so td aku bli daun bwg kononnya nak masak bubur nasik.hmm..lepas tu skang aku tengah masak pulut kononnya nak makan pulut serunding memandangkan stok serunding baru top up. :D makachih che ni ngn ayah ki bwk sambal daging che ngah.lps tu amsa cari beras pulut aku jumpe stok maggi.maggi goreng indo mie.haiyyo..hari ketiga nafsu nafsi semasa berpuasa semakin memuncak.itu baru dok kat UK yang segalanya kena masak sendiri. belum lagi kat m'sia.kalo kat m'sia sure pasar ramadhan melambak2.dan pastinye 10 ringgit tu x kurang skali pegi param.itu dulu.3-4thn dulu masa aku bujang2 dan masa tu harga minyak belom mencecah rm 2.sekarang? aku tatau lah. so apa menu berbuka aku hari ni? ntanhye.kite tgk apa yg boleh masuk perut nanti.tunggu dan lihat apa yg lebih besok hari.tunggu dan lihat apa yg akan masuk tong sampah. :sigh: semoga masih mampu bersabar dan menahan diri dgn menu2 yg nampak enak dan menyelerakan dikala perut kosong...




Semoga keinsafan akan hadir dalam diri.Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna,lebih membawa berkat dan lebih indah dari yang sebelumnya.Amiin.

Tuesday, 2 September 2008

Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak


Ramadhan datang lagi. Kami sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak kepada semua. Dan selamat menjalani ibadah puasa.Mohon maaf jika ada salah dan silap.

Kepada Alif,Kakak Alia,Ayah Ki dan Che' Ni di Liverpool..semoga tabah menghadapi kehidupan di perantauan.

Friday, 22 August 2008

Strawberry Picking 2008

Selepas 2thn, akhirnya kami berjaya memetik sekali lagi buah strawberry dikebun strawberry.Alhamdulillah kerana masih panjang umur dan masih diberi kesempatan utk merasa nikmat Allah ini.
Kami ke Norton Strawberry Farm,tak jauh dari tempat yg kami pegi 2thn lepas.Tingat masa pegi ngn Tok Ma Danish dulu.Masa tu Danish lam pewut mama lagi.Tapi time tu buah kecik2 aje.dan tak manis sangat. Kali ni buah dia besar2..SLrrpp..dan manis jugakla.kire sedap jugak la.SO nye..kami pon apa lagi..sambil petik sambil makan.Sodap..Tapi bila dah balik rumah,cam x de selera dah nak makan. Kat kebun je rasa cam nak makan banyak.kenapa ekkk?
Hasilnye ptg tu buat Strawberry Smoothie dijamu utk kawan2 yg dtg blatih zapin kak rumah.heheh tima kasih kak pah kerana sudi memblender strawberry dirumah saya.Dan juga membawa buah strawberry dgn banyak sekali. Sodapp tau strawberry smooothie ni.Berkhasiat dan lazat sekali.hahaha.jgn kecur okey pembaca2 sekalian. tapi gamba smoothie tu x de.seb baik kan.kalo tak abis keyboard korang2..
Marilah kita layan kan gamba anakku di kebun strawberry ini..
Sblm tu tima kasih banyak kepada para2 photographer yg sudi mengambil gambar kami.iaitu Bro Zahuri dan En Fadly..dimana ketika itu kami tak bawak kamera..



Yo man!! this is strawberry!!



Hmm makan makan...



Dan makan lagi...



Dan lagi...


Lastly..antara yang hadir pada hari ituuu....

Thursday, 21 August 2008

Warna Warni Muslimah 2008

Hmm lama betul nak terbitkan entry baru nih.bukan ape..bz la katakan.hehehe.bz ape entahnye lah.hari tu sbenarnya dah update.dah siap upload gamba sume, tp tiba2 blogger not available..huuu keciwa nya rasa hati.tu merajuk kejap.so skang i'm back. Danish dah tido...Baba nye blom balik lg..so boleh la aku berblog dengan tenang dan aman.kuang kuang kuang...ala baru kol 10mlm..malam masih mude.Kalau dah buat lab tu maknanya lambat le tu balik baba nye. Lain la kalau tak jadi kan..kan kan abg kannn..biarla dia..biar abis cepat sket.nti boleh balik kannnn..
okey lah back to main topic.

Malam warna warni muslimah ni di buat khas utk muslimah2 sheffield.bertemakan ayat Al-Quran dari surah Al-Hujurat,Ayat 13:
"...kami menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar saling mengenal"

Antara acara pada hari ini ialah bacaan Al-Quran,persembahan mengikut qariah,(Tinsley,Darnall,City dan Firth Park),persembahan busana muslimah dan ... dah lupe plak.sbb kertas aturcara dah hilang.yang hadir adalah muslimah melayu sheffield dan ada juga beberapa org muslimah foreigner yang tinggal disheffield ni.
jadinye begitulah tentang malam warna warni muslimah ni.walaupun namanya malam,tapi program ini dibuat disiang hari.iaitu pukul 3pm - 7pm.hehehe..
Pada hari ni juge mama berpeluang membujang skejap sebab Danish ikut baba g main bowling.ala 3-4 jam aje membujang skali skala apa salahnye kan. sO ini lah gambar kami beraktiviti.Oh yea..kami geng2 Tinsley buat persembahan tarian Zapin...yang diketuai oleh Kak Azu.Oh yea..tahniah to kak azu kerana berjaya mendapat anugerah Queen of The Night.wowww!!kelllasss gitu. Tidak lupe juge..ini merupakan julung2 kalinye bagi aku yg keras kayu ini menari diatas pentas.menari zapin plak tu.kalo tgk mmg x gemalai langsung.hahaha..tp x pe la.just utk suka2.kami siap berlatih lagi tau.bukan main2..berlatih sambil makan2 dgn meriahnye..dgn cara ini boleh lah kita merapatkan silaturrahim ye tak kawan2!! seronok tau!!semoga acara sebegini diteruskan di masa2 akan datang di sheffield ini.walaupu akak dah balik okey..(mcm la akak org penting..auwww..)

p/s:make-up saya pada hari itu ditaja oleh kak rozi.terima kasih daun keladi pada kak rozi kerana sudi me'make-up' kan saya pada hari itu..maveleess gitu.mekapan anda..


wajah
atas kiri:kak nita atas kanan: kak mar n kak azu(queen of the night)
bwh kiri:ruhil n k maziah(official photog) bwh kanan: me!me!me!! hahaha...

DSC06287
Kami geng2 Tinsley yang cun-cun dan ayu belaka... :D

page
atas kiri:me n k jerry atas kanan:me n k mas. bwh kiri:me n k fadzlin.kala itu aku menahan kepanasan tahap maksima sbb pakai 3 lapis baju.fewwhhh! bwh kanan:me n k zuraini.








Inilah antara aksi2 kami di pentas.Thanx to kak pah for the pictures.org tgh sibuk berzapin mana boleh ambik gamba ye tak?!! :D








Sekian, laporan dari Ferrars Road.Rasanya ini adalah laporan paling lewat sbb org lain sume dah updet.hihihi..