Wednesday, 2 July 2008

Netball dan Bowling

Huh lama benar tidak ku update blog ku ini.abis bersawang dibuatnya.maklumlah bz kebelakangan ni.hmm ingt jadi suri rumah ni x bz ke.hahahaha...(penh emosi tuu) lately kat sheffield ni banyak sangat aktiviti. ada la jugak yg aku x follow cam badminton almost every week.itu salunya utk kaum lelaki saje.tp kalo ibu2 dan isteri2 nak pegi tgk pon x pe. ini aku nak citer aktiviti yg aku follow lah yea.

Minggu lps kitorang ada pertandingan netball dan bowling.ni utk geng2 helwa la.so nye hari sabtu lps bersamaan 21 june 2008 merupakan sheffield ladies day out.hahaha..dgn tema majulah sukan utk diri sendiri.sbb ape ladies day out. sbb nye para suami tidak dibenarkan menonton adengan pertandingan ini.dan dibuat dlm indoor court.so depa kena jaga anak.heheh syioknyee!!

Pagi dimulakan dengan pertandingan netball.meriah sungguh. kitorang main kat Goodwin Sports Center.betul kot nama dia.agak2 la. mana tak meriahnye masing2 dah lama x main netball. aku jd WD. heheh khamis before tu ada sesi training.seb baik aku x pegi.kalo pegi abis le x main sabtu tu. masa lps main satu game aku dah terasa sakit kat peha.huyyo dasat tu..x penah bersukan le katakan. lps abis main abis dua2 kaki sakit. tapi berbaloi ler sbb team aku menang. Go Dewi Satria!!! kelllasss tak nama group kitorang.(gambar kalo rajin aku aku uplod kat fotopages aku ok.
Ptg plak layan bowling kat Hollywood Bowl.heheh ada yang menarik main bowling kat sini. untuk mengelakkan dari masing2 bergelar Ratu Longkang, jadinye kami sume main pakai pagar. tepi lane tu ada pagar beb. situasi ini aku hanya dapati sejak aku dtg Uk ni la. first time aku main tgk ada pagar kat lane masa pegi Milton Keynes winter lepas dgn family kak azu n kak ina.tp masa tu aku main x pakai pagar. rock le katakan. tapi hari tu kat hollywood bowl, bile aku smpi tgk sume org pakai pagar, so aku pon main pakai pagar gak la. tapi yang hampehnye w/pn pakai pagar.tak strike pon.hahaha..teruk gile main.(mcm la dulu terer bangat.wakakaka..)keputusannya of course le kalah.group aku pon kalah.wuhhooo..tapi x pe.netball dah juara.x kan nak sume juara.kasi can org lain la..hahaha padahal mmg aku x pandai main.cover lak kan. tapi x pe..depa kata sume dpt hadiah.tu yg syok nye..tunggu hari keluarga weekend ni. 6/7/2008.

apa pun memang seronok skali skala dapat bersukan macam ni.bukannya nak menang beria..cuma suka2 aja. disamping merapatkan ukhuwah antara sesama kita diperantauan ni, boleh juga menyihatkan badan w/pn ada sakit2 badan lepas tu. tp bak kata pepatah alah bisa tegal biasa. dah biasa nti ok le tu.(betul ke tak guna peribahasa ni pon tak tau.layan aje lah yea.) utk gambar sile lihat fp. yeah yeah..

hari isnin lepas main bowlingngn netball tu, dgn kaki yang masih sakit dan bjalan dgn tak betulnye..kami satu family berlepas ke London (mcm naik flight plak pkai ayat berlepas :p). ha itu story kite citer lenkali okey.for now, taddaa...

DSC05603-horz

Friday, 6 June 2008

Spring at Botanical Garden

Gambar ni dah agak lama actually. Masa tu kawan chenta dr Birm dtg melawat. So, after bargain hunting kat carboot kami 'lepaking' kat Botanical Garden. terjumpe paly,aishah n yaya. gambar2 sume dari kamera mr n mrs rizalman. kamera canggih gitu.. :D sbb kitorang x bwk kamera hr tu. tenkiu for the marvellous pics. terima kasih daun keladi..lain kali singgah lah lagi.hehehe..

Click to play Botanical Garden
Create your own postcard - Powered by Smilebox
Make a Smilebox postcard

Thursday, 22 May 2008

3 Tahun Sudaaahh...

19 Mei 2008 - Genaplah 3tahun aku diperantauan ini. Bumi yang dulunya sangat asing bagiku..kini tida asing lagi. Dan tak salah kalau aku katakan kalau aku sudah jatuh cinta dgn tempat ini. Bukan lah jatuh cinta tak mau balik ke tanah air..jatuh cinta dlm erti kata sayang utk ditinggalkan. kerana sooner or later aku pasti kembali jua ke tanah air tercinta.insyaAllah kalau umur panjang dan diizinkan Allah.

Dalam 3thn ni mcm2 telah kulalui..suka duka di tempat org. tapi yang pentingnya pengalaman manis akan sentiasa dikenang. disini lah kehidupan bermula kiranya. Aku dtg ke sini selepas 6 bulan aku menjadi puan. 19nov04 tarikh keramat aku menjadi puan..19 mei05 aku dtg ke perantauan dan 19nov05 aku mendapat tau aku akan menjadi ibu. mm tarikh itu sgt signifikan dlm hidup aku kan.hehehe..signifikan tu apa yea..aku pon tatau.main letak aje.sbb bunyik cam best je. itu lah byk pengalaman ditempat org. tp yg aku plg suke kat sini bila dtgnya musim spring..setelah berakhirnya musim winter yg menyejukkan sampai ke tulang belulangku. bila bunga berkembang..hati ku juge mekar.hehehe..dulu masa mula2 dtg..may 05.masa tu cuaca agak sejuk juge lah.mungkin juge aku x biasa..bila awan mendung kelabu..aku tension. bila matahri memancarkan sinarnya..aku sangat gumbira..rasa cam nak berjemur je bwh matahari..lama kelamaan aku semakin ok dgn keadaan itu.

tp yg excitednye pada musim sejuk aku mesti tunggu snow turun. 1st time tgk snow turun macam x caya. betulkah itu snow? hahaha..jakun ok. ye lah mana lah aku tau yg aku akan dtg dok kat tpt yg ada snow. tp thn ni punye snow plg syiok sbb tebal dan byk.
ok berbalik pd spring..aku suke bile daun2 yg baru tumbuh menghijau.daunnya hijau yg mendamaikan. teringat masa pegi jln2 kat wales masa cuti easter 2006.masa tu aku tgh pregnankan danish 6bln lbh kurang.kitorang lalu jln kampung yg pemandangannya sgt cantik aku rasa.kiri kanan hijau.dapat tgk rumah2 di perkampungan inggeris yg cantik. mcm2 jenis rumah dgn bumbungnya yg mcm2 juge.bangunan2 yg berlainan dpd kat msia.aku rasa itu pengalaman yg amat berharga.

hmm dah panjang aku melalut ni.yang pentingnya pengalaman byk mendewasakan. byk yg aku pelajari disini.yea.pengalaman ttg kehidupan.yg x habis utk aku ceritakan disini.
till nxt time..adios

Wednesday, 30 April 2008

Makan Kek

3/4 yg lepas merupakan birthday supervisor tpt aku keje. Oleh yg demikian kak lela telah menyarankan utk membeli kek..kononnya nak celebrate birthday Mark la..so kitorang pon share la beli kek harijadi utk dia.on his birthday Mark dah ckp dia x dtg keje.so the next day after his birthday kak lela pon bawak la kek. tengok2 Mark x datang jugak. hari lepas tu pon x datang jugak.kami pon apa lagi..dah tak datang meh kita makan beramai2 lps keje.hehehe.so ini lah hasilnye..tgk tu siap bwk kamera lg sbb nak amik gamba. tapi aku makan satu ketul je sbb masa tu dah sakit tekak.sindrom demam sudah dtg. tp kitorang x makan abis ler.simpan utk Mark sket. tapi bile Mark dtg, aku plak x dtg keje 2 hari.demam. gue x larat nak tonyoh.hehehe. Lihat lah aksi kami yg tak berapa byk itu. ini lah geng2 melayu yg keje kat N**T. 4 org kesemuanya..hebat tak kami..hahahahaha...!!

Friday, 25 April 2008

Danish n Yaya

this pic was taken from yaya's fp.sorry yea mama n papa yaya. i think it so gorgeuos. n cute too..( in terms of the view, the editing n the kids too.ahakss)so that's why i put it here.

Rezeki...

I got this from my cousin today through email.just wanna share it with everyone who read this blog. (if any.. ;))

"Kalau kau rasa kau kesempitan rezeki, duit tak cukup, harta rasa tak banyak, masa
itulah masa paling sesuai untuk bersedekah."

Dia menyambung "Kalau kau sudah senang setelah sempit, banyakkan lagi sedekah kau itu pada masa
tersebut. Nescaya Allah akan meluaskan pintu rezeki"

Saya berpegang pada pesanan ini. Setiap kali saya sempit, bila buka
wallet ada rm2 saya sedekahkan rm1. Kalau ada rm40 saya sedekahkan rm10. Kalau
ada lebihan saya sedekahkan sedikit. Kalau ada rakan susah nak pinjam duit,
saya pinjamkan dengan niat kalau dia bayar alhamdullilah, kalau tak saya
anggap saya sedekah. Alhamdullilah, rezeki Allah permudahkan setakat ini
dan harapnya pada masa akan datang. Itu juga amalan kawan saya.

Pernah suatu hari rakan saya seorang jurutera baru sahaja accident
kereta. Dalam masa yang sama kena saman polis. Lepas tu duit dia hilang. Kena
pulak sakit pergi hospital dan keluar beberapa ribu. Saya pesan kat dia, mungkin
Allah nak pesan agar dia memberi sedikit harta yang Allah berikan kat dia.
Alhamdullilah lepas dia bersedekah, saya nampak kehidupan dia nampak mudah
dan rezeki dia nampak luas.

Tapi kita kena ingat. Rezeki luas tak bermakna akan jadi kaya raya terus.
Kadang, bak kata mak saya, rezeki luas nie macam makan seperti biasa, tapi
rasa lebih kenyang dan puas. Gaji seperti biasa, tapi seolah-olah cukup.
Dan paling utamanya kadang-kadang bantuan datang dari sumber yang kita
sendiri tak sangka.

"Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan (di jalan Allah), maka
pahalanya itu untuk kamu sendiri. Dan janganlah kamu membelanjakan sesuatu
melainkan kerana mencari keredaan Allah (ikhlas). Dan apa saja harta yang
baik yang kamu nafkahkan, nescaya kamu akan diberi pahalanya dengan cukup,
sedangkan kamu sedikit pun tidak akan dianiaya."

(Surah al-Baqarah, ayat 272).

Hadis dari Abu Hurairah yang diriwayatkan Al-Bukhari bahwa seseorang
berkata kepada Nabi saw., "Sedekah yang mana yang lebih utama itu?" Nabi
bersabda, "Engkau bersedekah dalam keadaan senang (shahih) dan
berkeinginan ."


Dalam riwayat Ibnu Hibban dan Hakim dari 'Uqbah ia mendengar Rasulullah
bersabda, "Setiap orang bernaung di bawah perlindungan sedekahnya hingga
ditetapkan hisab (perhitungan) di antara manusia di yaumil akhirat."


Saya bukan yg terbaik utk memberikan nasihat hanyalah sekadar
memperingatkan sesama insan betapa Maha Pengasihnya Allah kepada
hamba-hambaNya yang bertaqwa???.

Sekadar utk berpesan. Semoga ada manfaat.

It's Spring Now!!

Finally spring has come!! yeay!! kesejukan itu akhirnya berlalu pergi sedikit demi sedikit. last few days the weather sangat la baik. panas dan tak sejuk sangat. suhu agak2 around 19degree celcius. dua hari berturut2 aku bawak danish jalan pegi kedai and pegi park. saje bagi dia rasa seronok main kat luar.asyik terperap je kat rumah. dkt park banyak dah bunga2 keluar.pokok2 pon dah mula mengeluarkan tunas daunnya.aku rasa pemandangan tu sangat cantik tapi sayangnye x bawak camera. dan kali ni aku terlepas lagi nak ambik gambar daffodil.sbb dah habis timingnye.bunga dah layu.skang tiba masa utk tulip pulak berbunga.harap2 kali ni ada masa nak pegi ambik gambar kat botanical garden.nak pegi amsterdam tgk tulip? oo mungkin tidak..bajet tak lulus. huhuhu...
hari ni? hari ni cuaca agak mendung tapi suhunya tak de la sejuk sgt.pagi2 pun x payah pakai jaket tebal pon ok. kire ok la tu kan.heater pon x de la selalu sgt pasang kat rumah.

oleh kerana takde gamba kat park..letak gamba kat blkg rumah pon ok kan.hehe..lihat la danish berposing okey...





Bunga kuning ni skrg tgh banyak kt padang2 rumput.sangat cantik..


Ini pokok kt blkg rumah..nampak tak tunas2 daun dah mula keluar.nanti bile daun dah besar kaler dia hijau pucuk.bila tgk sangat tenang.i likee time tu. :D


Pokok yang sama dikala snow..



p/s: Life is beautiful kan!